Hi readers... I might be not a good writer. But once I started to write it'll be hard for me to stop. Hope your enjoy reading, listening n watching my page (blog). TQ
Monday, October 10, 2011
Berbudi kepada tanah :-)
Disebabkan kawasan rumah saya ni dikelilingi jalan raya berturap, dan kawasan luar rumah yang telah disimen, maka terpaksa lah saya berpuas hati dengan 'berkebun' di dalam pasu sahaja.
Limau kasturi ini menghasilkan buah setelah hampir 3 tahun menunggu. Pada awalnya saya hampir2 berputus asa apabila pokok limau itu dijangkiti kulat pokok, daun2 gugur. Cuma tinggal batang pokok sahaja. Kerana terlalu sayangkan pokok limau ini, saya tetap tidak berputus asa. Saya yakin boleh mengembalikan kesuburan limau tu. Setelah dibaja, disembur racun serangga perosak, timbus dengan tanah yang sesuai, hari demi hari pokok limau itu kembali mengeluar daun dan tunas baru. setelah hampir setahun akhirnya mengeluarkan buah sehingga kini.. :-)
Sementara jambu air tu pula..errmmm... batang pokoknya masih kecil dan rendah tapi sudah menghasilkan buah dengan banyaknya. (Kawan pun tumpang memetik sebiji dua).. Buahnya yang sudah masak sangat manis. Agak hairan juga tengok pokok jambu air jiran-jiran dah tinggi berdaun rimbun, hampir mencecah beranda rumah tingkat 2 tapi tak juga menghasilkan buah.
Hmm....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment