Tuesday, October 11, 2011

Resepi Ayam Percik ku

Hari ini agak rajin juga mempelbagaikan menu untuk makan malam. Salah satu menu kegemaran ku, ayam percik. Bahan-bahan perapan sangat mudah. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, daun kari, ibu kunyit, sedikit madu, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan garam. Blend bahan-bahan untuk perapan. Lumurkan pada daging ayam. Biarkan lebih kurang sepuluh minit di dalam peti sejuk. Setelah itu panggang pada suhu 180darjah selama 30-40 minit.

Lebihan perapan tadi boleh lah tumis, kemudian tuangkan ke atas ayam yang telah siap dipanggang.

Nyamm...nyamm...sedap dimakan dengan nasi panas dan lauk pauk yang lain.

:-)

(picture taken at night time using mobile phone, it wasn't so clear)

No comments:

Post a Comment