Sunday, January 29, 2012

Tarap/Timadang

Agak lama tidak 'update' ruangan ini. Hari ini mencuri sedikit waktu untuk mengemaskini. Banyak cerita yang tertinggal yang sepatutnya dikongsikan bersama dalam ruangan ini.

Biasalah, hujung tahun lepas sibuk bercuti bersama keluarga sehinggakan tiada masa untuk 'online'. Lebih seronok meluangkan masa bersama dengan keluarga yang mana hanya sekali sekalau dalam setahun.

Walaubagaimana pun di sini ada sedikit gambar-gambar untuk dikongsikan sempena cuti hujung tahun 2011.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan, saat yang paling bermakna adalah ketika menikmati keenakan buah-buahan tempatan di negeri Sabah.

 Isi Timadang yang sudah masak ranum


Pokok timadang


mamaboh timadang menggunakan wakid

Antaranya adalah buah Tarap / Timadang ( panggilan bagi buah ini di Sabah). Buah Lumuk ( panggilan bagi di negeri Sarawak). Belum pernah mendengar di bahagian Semenanjung Malaysia mengenai buah ini. Agaknya tak ada  kot! :-)

Jika berkunjung ke negeri Sabah pada musim buah tarap, jangan lepaskan peluang untuk mencuba keenakan buah ini (bagi mereka yang belum pernah merasa). Tarap yang sudah masak (ketika di petik) rasanya manis.
Sementara tarap yang masih muda atau belum masak biasanya sesuai untuk dimasak gulai/sup dan dimakan bersama nasi dan lauk-lauk lain.

Apapun namanya, buah timadang ini memang sedap.